Pengarah Urusan Zecon tingkatkan 9.94% kepentingan dalam syarikat | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pengarah Urusan Zecon tingkatkan 9.94% kepentingan dalam syarikat

Datuk Zainal Abidin Ahmad

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pengarah Urusan Kumpulan Zecon Bhd, Datuk Zainal Abidin Ahmad memperoleh 9.94% kepentingan dalam kumpulan pembinaan, pembangunan hartanah dan penyelenggaraan hospital.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, Zainal memperoleh pegangan yang terdiri daripada 14.95 juta saham di pasaran terbuka pada 18 Ogos.

 

Ini meningkatkan jumlah kepentingan ekuitinya dalam Zecon kepada 43.99% — terdiri daripada 9.94% kepentingan langsung, dan 34.05% kepentingan tidak langsung dipegang melalui Dawla Capital Sdn Bhd.

 

 

zecon

 

 

Selain Zainal, pemegang saham besar Zecon yang lain ialah Tan Sri Tommy Bugo @ Hamid Bugo dengan 14.15% kepentingan dan pengarah bukan eksekutif bukan bebas Sazali Md Salleh dengan 8.4% kepentingan. - DagangNews.com