KUALA LUMPUR 5 Julai - Pusat beli-belah berjenama dari Jepun, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) menawarkan hadiah sebanyak RM100,000 menerusi kempen 'Spend, Twist & Win' sempena meraikan ulang ke-7, bermula 24 Jun hingga 31 Julai 2022.
Selain menyediakan pelbagai aktiviti menarik, ganjaran termasuk baucar membeli-belah makanan dan minuman (F&B) serta barangan hadiah premium yang lain.
Hadiah-hadiah terhad kepada 200 pemenang harian sahaja dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM300 dengan maksimum dua resit. Para pengunjung dinasihatkan untuk membeli-belah lebih awal bagi merebut peluang untuk membawa pulang hadiah.
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun, para pengunjung MOP KLIA juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa Pinkfong & Baby Shark pada 9 Julai dan 10 Julai 2022 dan pada 16 Julai dan 17 Julai 2022 di dataran utama pusat membeli-belah itu.
Sesi temu mesra bersama Pinkfong & Baby Shark turut diadakan. Kanak-kanak berpeluang mengambil gambar bersama Pinkfong & Baby Shark di atas pentas dengan pembelian minimum di gerai barangan Toy World.
Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd, TJ Cheah berkata, sambutan ulang tahun kali ini adalah khusus untuk keluarga dengan kanak-kanak kecil serta remaja yang meminati Pinkfong dan Baby Shark.
"Kami mahu mencipta pengalaman baharu untuk pengunjung dan pembeli setiap kali meraikan sambutan supaya sentiasa ada sesuatu yang baharu untuk dialami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Para pengunjung MOP KLIA akan dapat melihat perubahan gedung membeli-belah ini menjadi 'syurga berwarna-warni' yang dihiasi dengan pameran cantik dan sesuai dirakam untuk Instagram seperti lampu neon, belon, air pancut, terowong yang fotogenik dan banyak lagi.

Para pembeli yang meminati hasil seni dan kraf tangan boleh mengambil bahagian dalam aktiviti membuat beg sendiri. Mereka dapat mencipta hadiah peribadi mereka sendiri dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM200 dengan maksimum dua resit.

Jualan Lewat Malam Pasca Sambutan Ulang Tahun mulai 10 malam hingga 12 tengah malam akan diadakan selama tiga hari berturut-turut pada 8 Julai hingga 10 Julai 2022 dengan tawaran diskaun hingga 80% dan pelbagai tawaran lain yang akan menjadikan pengalaman membeli-belah di MOP KLIA lebih berbaloi dan menyeronokkan. - DagangNews.com








