Lebih 8,000 pelajar sertai pertandingan Maxis eKelas HIP Storyfest, tingkatkan keyakinan pertuturan bahasa Inggeris | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Lebih 8,000 pelajar sertai pertandingan Maxis eKelas HIP Storyfest, tingkatkan keyakinan pertuturan bahasa Inggeris

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 31 Okt - Maxis eKelas Highly Immersive Programme (HIP) StoryFest edisi 2023 mendapat sambutan memberangsangkan apabila lebih 8,000 penyertaan daripada pelajar di seluruh negara.

 

Pertandingan yang masuk tahun kelima itu bertujuan meningkatkan keyakinan peserta dalam pertuturan Bahasa Inggeris. 

 

Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha berkata, melalui HIP StoryFest, pihaknya bukan sahaja meningkatkan keyakinan pelajar tetapi juga memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang subjek. 

 

"Pengalaman ini adalah penting dalam melengkapkan pelajar dengan kemahiran penting, menjadikan pembelajaran mereka lebih bermakna dan bermanfaat," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Menerusi pertandingan tersebut, pelajar mempunyai pilihan untuk mengambil bahagian dalam kategori penceritaan individu atau persembahan mini drama kumpulan berdasarkan tema tertentu.

 

Ia dimulakan dengan beberapa siri bengkel bercerita dalam talian dan program jelajah sekolah yang direka untuk membawa keterujaan eKelas HIP StoryFest kepada sekolah dan komuniti mereka.

 

Sebagai penutup tirai pertandingan, eKelas meraikan dan memberi ganjaran kepada 70 pemenang yang terdiri daripada pelajar tahun 4 hingga tingkatan 5 dari seluruh negara. Ganjaran yang diberikan termasuk hadiah menarik seperti tablet dan baucar buku.

 

 

maxis

 

 

maxis

 

 

Selain daripada pemenang pelajar, 14 sekolah dianugerahkan geran SekolahkuHIP, tajaan daripada Maxis eKelas untuk membiayai program dan acara di sekolah masing-masing.

 

Program komuniti utama Maxis, eKelas, terus menyokong pembelajaran pelajar di luar bilik darjah. 

 

 

maxis

 

 

maxis

 

 

Dengan lebih 90,000 pengguna berdaftar di portalnya dan semakin bertambah, eKelas menawarkan pendekatan yang menarik dan dinamik kepada pembelajaran digital. - DagangNews.com