Lebih 104,000 pelajar bersaing isi 8,679 tempat di MRSM bagi sesi 2024  | DagangNews Skip to main content

Lebih 104,000 pelajar bersaing isi 8,679 tempat di MRSM bagi sesi 2024 

KUALA LUMPUR 1 Nov - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menerima lebih 104,000 permohonan bagi kemasukan pelajar untuk sesi persekolahan 2024, untuk mengisi 8,679 tempat yang ditawarkan 57 MRSM di seluruh negara.

 

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah pengambilan pelajar itu termasuk bagi mengisi kekosongan MRSM yang baharu iaitu MRSM Ranau, Sabah dan MRSM Bintulu, Sarawak.

 

Beliau berkata, semua calon yang memohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) akan bermula pada 1 November ini.

 

Asyraf juga memberi jaminan, pihaknya akan memastikan kemasukan pelajar akan menepati matlamat yang ditetapkan oleh MRSM, Berita Harian melaporkan.

 

"Insya-Allah, saya sendiri akan pastikan kemasukan pelajar ke MRSM menepati matlamat yang disasarkan sejak dari awal.

 

"Ini termasuk mengutamakan pelajar-pelajar dalam kalangan B40 yang layak dan mencapai tahap minimum penilaian UKKM," katanya menerusi perkongsian di Facebook. - DagangNews.com