KUALA LUMPUR 15 April - Kenanga Research menyemak turun unjuran pendapatan LPI Capital bagi FY22E/FY23E sebanyak 19%/11% selepas kumpulan itu merekodkan keuntungan bersih lebih rendah bagi 1QFY22 dan menjangkakan mereka berdepan tekanan daripada segmen insurans kebakaran.
Firma penyelidikan itu juga menjangkakan beberapa perkara lain akan akan menjejaskan pendapatan mereka termasuk premium taja jamin menjadi lebihb tinggi, nisbah perbelanjaan pengurusan bertambah dan risiko kewujudan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, kadar tuntutan kembali normal kepada 40% dengan kebarangkalian insiden tuntutan akan meningkat.
"Pendapatan bagi 1QFY22 sangat mengecewakan iaitu RM61.5 juta atau hanya menyumbang kepada 19%/18% daripada jangkaan konsensus kami," katanya dalam satu nota kajian hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, insurans kebakaran berkemungkinan menjadi lebih kompetitif dengan semakan terbaharu akan dibuat pada 2HFY22 yang lebih memberi fokus kepada pengguna.
BACA JUGA: Untung bersih LPI Capital bagi 1QFY22 menurun 25.25% kepada RM61.53 juta
Katanya, sebarang perubahan atau leberalisasi hanya akan memberi kesan kepada polisi-polisi baharu dan pengurusan kumpulan juga menyasarkan nisbah tuntutan untuk kenderaan akan meningkat seperti sebelum pandemik dengan lebih banyak aktivit akan berlaku.
"Kumpulan itu juga menyasarkan untuk meningkatkan tenaga pekerja di agensi mereka sebanyak 10% pada FY22 untuk meningkatkan prestasi mereka berbanding dahulu," katanya.
Firma penyelidikan itu juga mengekalkan saranan 'market perform' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM14.10 berbanding RM14.20 selepas mengambil kira sentimen yang lebih lemah terhadap LPI di tengah-tengah persaingan yang lebih tinggi dalam ruang sasarannya.
Katanya, kumpulan itu juga memiliki sokongan daripada bank yang kukuh (Public Bank) yang akan memberikan keselesaaan untuk jangka masa panjang. - DagangNews.com








