Jualan produk Dreame, Yeelight dan Amazfit di saluran SUKE TV | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Jualan produk Dreame, Yeelight dan Amazfit di saluran SUKE TV

Fitzrie Baharom (kiri) dan Pengerusi dan Pengasas SUKE TV, Datuk AC Mizal, mempamerkan produk Dreame, Yeelight, dan Amazfit yang dipaparkan di SUKE TV.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 8 April - Uniqbe (M) Sdn Bhd (Uniqbe Malaysia) kini sedang meningkatkan pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan kepada pelanggan dengan menawarkan produk Dreame, Yeelight dan Amazfit melalui SUKE TV, saluran membeli-belah dari rumah.

 

SUKE TV menawarkan pelbagai segmen menghiburkan yang bersiaran sepanjang hari untuk menarik penonton dan meningkatkan jualan dengan kandungan unik. Didorong oleh 'kuasa pengaruh', kelainannnya adalah pada kelompok jenama di SUKE Shop yang disokong oleh usahawan selebriti.

 

Disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu di televisyen dan peranti mudah alih di seluruh Malaysia, SUKE TV menyediakan peluang unik kepada selebriti, tokoh masyarakat, influencer, usahawan serta pengusaha mikro untuk memperkenalkan produk mereka. 

 

Penonton boleh menonton program melalui platform digital dan dalam talian serta membuat pembelian segera.

 

Dengan meluaskan rangkaian ini, Uniqbe Malaysia berharap dapat meluaskan jangkauan untuk Dreame, Yeelight dan Amazfit, dan mengakses demografi pengguna yang lebih luas, terutamanya mereka yang mungkin belum mengenali produk mereka.

 

Pengarah Pemasaran Kumpulan Syarikat Uniqbe, Fitzrie Baharom berkata, visi syarikat adalah menyediakan proses e-dagang yang mudah untuk  pengguna dan mengembangkan rangkaian jualan ke pasaran yang lebih luas.

 

 

uniqbe

 

 

“Memandangkan trend membeli-belah dalam talian yang semakin meningkat di Malaysia, ini adalah masa yang sesuai untuk meluaskan liputan ke platform lain seperti SUKE TV kerana pengalaman membeli-belah yang ditonjolkan tampak menarik kepada pengguna pelbagai peringkat umur.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ditubuhkan pada 2007, Uniqbe Malaysia adalah sebahagian daripada Uniqbe Limited yang berkembang pesat, sebuah syarikat jualan, peruncitan dan pengedaran antarabangsa di Hong Kong, Sepanyol, Indonesia dan Malaysia.

 

Dengan reputasi semakin kukuh sebagai salah satu pemain utama dalam industri logistik pihak ketiga (3PL), ia menawarkan perkhidmatan borong dan dropship untuk pelbagai jenis produk elektronik baharu dan tulen seperti telefon bimbit dan aksesori, peralatan pintar rumah dan lampu, serta gajet audio visual.

 

Antara produk yang akan ditampilkan di saluran beli-belah dari rumah tersebut  ialah Pembersih Vakum Dreame H11 Max Wet and Dry, Pembersih Vakum W10 Self-Clean Wet & Dry Robot, Pembersih Vakum Tanpa Kord Dreame T30, Pembersih Vakum Dreame Z10 Pro Robot; Lampu Sisi Katil LED Yeelight Staria Pro dan Amazfit BIP-U dan Amazfit GTR 3 Pro.

 

Pengguna boleh mendapatkan produk ini apabila disiarkan mulai 4 April 2022 dan setiap pembelian, pelanggan berpeluang menyertai cabutan bertuah SUKE TV.

 

Pelanggan yang ingin mencuba terlebih dahulu produk sebelum membelinya boleh berbuat demikian di bilik pameran dan pusat servis Uniqbe Malaysia yang terletak di Wisma Uniqbe, No 149, Jalan Maharajalela, Kampung Attap, Kuala Lumpur. - DagangNews.com