E-Mutiara terus berkembang dengan 20 unit koc dua tingkat Scania terpanjang di Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

E-Mutiara terus berkembang dengan 20 unit koc dua tingkat Scania terpanjang di Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Julai - Konsortium E-Mutiara Bhd memperluaskan perkhidmatannya dengan 20 unit koc dua tingkat Scania K410EB6X2 berukuran 13.5 meter yang terpanjang dan pertama di Malaysia. 

 

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail berkata, pihaknya mengambil langkah berani untuk mengemukakan permohonan koc tersebut dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan. 

 

Katanya, keselamatan dan keselesaan yang sempurna, penjimatan bahan api dan koc Scania yang mesra alam sentiasa menjadi kelebihan bagi E-Mutiara dalam mendapatkan keuntungan dan kemampanan lebih baik. 

 

"Kini dengan bas yang lebih panjang, kami dapat meningkatkan kapasiti dan juga keselesaan penumpang," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Heba El Tarifi berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada E-Mutiara atas kepercayaan berterusan mereka terhadap keupayaan Scania untuk menyampaikan keuntungan dan kemampanan kepada operasi mereka. 

 

"Bersama-sama, E-Mutiara, Scania, Gemilang Coachwork, Truckquip dan Sin Hock Leong Coachwork telah menetapkan tahap yang tinggi sekali lagi dari segi pengangkutan pintar dan selamat," katanya.

 

Dalam pada itu, E-Mutiara juga mengendalikan koc satu tingkat sepanjang 14.7 meter Scania pertama di Malaysia. 

 

 

scania
Heba El Tarifi menyampaikan ucapan ketika majlis pelancaran Scania K410EB6X2 terpanjang yang pertama di Malaysia, baru-baru ini.

 

 

Setelah mendapat kelulusan daripada kementerian, badan koc itu dibina oleh Marcopolo menggunakan casis Scania dan E-Mutiara terus menikmati kapasiti penumpang yang dipertingkatkan dan kecekapan bahan api daripada rekabentuk aerodinamik.

 

Koc dua tingkat 13.5 meter Scania menawarkan peningkatan kapasiti sebanyak 10% berbanding koc mewah lain di Malaysia yang memberikan ekonomi operasi yang bertambah baik. 

 

 

scania

 

 

scania

 

 

Penjana kuasa cekap tenaga dengan Opticruise dalam mod ekonomi bersamaan dengan perkhidmatan pengurusan flit Scania dan perkhidmatan penyelenggaraan boleh menghasilkan perbezaan besar sehingga 15% penambahbaikan penjimatan bahan api.

 

Suspensi udara hadapan dan belakang memberikan pengalaman yang selesa kepada pemandu dan penumpang. Seperti semua kenderaan Scania, EBS dengan ABS dan kawalan cengkaman adalah standard. 

 

 

scania

 

 

Dengan Retarder sebagai brek tambahan, boleh mengurangkan kehausan dan kelusuhan daripada cakera pad brek. Fungsi 'hill hold' memastikan koc berhenti di perhentian curam manakala pengehad kelajuan membantu mengekalkan pemanduan yang selamat. 

 

Kamera 360 darjah memberikan penglihatan menyeluruh yang menghilangkan titik gelap, dengan sistem penggera tiga kebakaran diaktifkan semasa kecemasan. - DagangNews.com