Co-opbank Pertama sumbang zakat bernilai RM60,000 bantu usahawan asnaf | DagangNews Skip to main content

Co-opbank Pertama sumbang zakat bernilai RM60,000 bantu usahawan asnaf

Setiap usahawan menerima agihan zakat sebanyak RM5,000 bagi memajukan perniagaan mereka.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Julai - Co-opbank Pertama (CBP) menyumbang zakat sebanyak RM60,000 kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu usahawan asnaf di sekitar ibu negara menerusi Agihan Zakat CBP Musa'adah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pihaknya sering mendekati masyarakat menerusi program kemasyarakatan menerusi CB-Prihatin, agihan Kotak Rezeki dan program Back To School kepada mereka yang memerlukan daripada golongan asnaf dan B40. 

 

"Setiap usahawan menerima agihan zakat sebanyak RM5,000 seorang dengan jumlah agihan adalah sebanyak RM60,000. 

 

"Seramai 12 penerima telah dikenalpasti oleh MAIWP yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Beliau turut berharap dengan bantuan zakat yang diserahkan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada penerima untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

 

Untuk rekod, CBP mengagihkan zakat wakalah berjumlah RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang menyasarkan golongan asnaf yang berkelayakan. 

 

 

coop

 

 

Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, jumlah wang agihan zakat ini merangkumi lima buah negeri iaitu Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan juga Pahang. - DagangNews.com