Bursa Malaysia lancar Kempen Saham Aidilfitri 2022 tingkat kesedaran, aktiviti dagangan patuh syariah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bursa Malaysia lancar Kempen Saham Aidilfitri 2022 tingkat kesedaran, aktiviti dagangan patuh syariah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 April - Bursa Malaysia Berhad melancarkan Kempen Saham Aidilfitri 2022 bagi meningkatkan kesedaran dan aktiviti perdagangan saham patuh  syariah dan produk pelaburan di Bursa Malaysia - i iaitu perdagangan sekuriti patuh syariah hujung ke hujung pertama di dunia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, kempen itu merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Program Pelaburan Runcit Shariah yang menayasarkan untuk menarik perhatian pelabur runcit untuk menjalan dagangan terhadap produk patut syariah.

 

"Buat masa sekarang terdapat lebih 760 produk sekuriti patuh syariah tersenarai di Bursa bagi menjadi pilihan pelabur.

 

"Sebagai insentif tambahan untuk meningkatkan kesedaran terhadap produk, perkhidmatan dan platform patuh syariah yang terdapat di Bursa Malaysia, kami menawarkan peluang kepada pelabur untuk memenangi baucar Harvey Norman bernilai RM35,500 dengan membuka akaun patuh syariah dan menjalankan dagangan antara 1 April hingga 30 Jun 2022," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Kempen itu juga menerima sokongan daripada tujuh broker yang menawarkan perkhidmatan jual beli saham seperti Affin Hwang Investment Bank Berhad, AmInvestment Bank Berhad, CGS-CIMB Securities Sdn. Bhd., Kenanga Investment Bank Berhad, Malacca Securities Sdn. Bhd., RHB Investment Bank Berhad dan UOB Kay Hian Securities (M) Sdn. Bhd.

 

Orang ramai yang berminat untuk menjalankan pelaburan digalakkan untuk mendapatkan maklumat mengenai kempen berkenaan daripada broker yang mengambil bahagian.

 

saham

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti Bursa Malaysia di dalam pasaran modal Islamik, sila layari laman web www.bursamalaysia.com/market/islamic-markets. - DagangNews.com