KUALA LUMPUR 24 Feb - Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Pada masa sama, sebanyak RM350 akan disalurkan kepada pesara kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran akan dibuat pada April 2023 bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.
"Kerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar, tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang kerajaan setia menggalas amanah negara.
"Ke arah Malaysia Madani, penjawat awam perlu segera bawa perubahan, menerapkan pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini. -DagangNews.com








