KUALA LUMPUR 17 Jun - Kumpulan Etika (Etika) mengumumkan pelantikan Amy Gan sebagai Naib Presiden Pemasaran bermula 1 Jun 2022.
Organisasi itu kini berusaha untuk meningkatkan usaha meneroka dan mengukuhkan strategi pendigitalan mereka untuk industri barangan pengguna gerak pantas (FMCG).
Amy bertanggungjawab untuk strategi penjenamaan dan pemasaran keseluruhan Etika dan ATLAS Vending (anak syarikat milik penuh Etika) termasuk kempen pembinaan jenama kreatif, pemasaran perdagangan, perhubungan awam, pengurusan acara serta tajaan untuk Malaysia dan Singapura.
Dengan pengalaman lebih 13 tahun, Amy memulakan kerjayanya sebagai Eksekutif Jenama untuk Revive Isotonic di bawah Etika pada tahun 2009.
Dengan mendedikasikan kerjanya untuk mengembangkan jenama produk Etika, beliau telah membuktikan berulang kali bahawa beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman untuk menjawat peranan penting dalam Etika.
Selain itu, Amy juga akan membawa strategi baharu untuk Etika memulakan usaha mereka dalam mendigitalkan pemasaran dan komunikasi organisasi tersebut. Dalam peranan barunya, Amy akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei), Santharuban Thurai Sundaram.
Dalam peranan baharu beliau sebagai Naib Presiden Pemasaran, Amy akan meneruskan usaha Etika untuk mendigitalkan perniagaan dan meningkatkan penembusan pasaran melalui kempen yang kreatif untuk menarik minat pihak berkepentingan Etika termasuk rakan kongsi serta pengguna.
Amy berkata, mereka ingin menyahut peluang yang muncul dari setiap teknologi, data dan platform baharu, lalu membentuk kemungkinan yang praktikal kepada era pengguna baru mencipta pengalaman jenama menarik.
"Saya berharap dapat bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk melaksanakan idea-idea kreatif untuk menarik perhatian pengguna demi memenuhi harapan pihak berkepentingan kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Setelah memegang jawatan sebagai Ketua Pemasaran dan Perniagaan Sampingan untuk ATLAS Vending, Amy telah mencipta banyak kerja interaktif dan kreatif untuk inisiatif pemasaran mereka seperti Minit Mart, kedai runcit layan diri automatik yang diilhamkan oleh trend layan diri di Jepun.
Selain itu, inisiatif mesin operasi layan diri tanpa sentuh yang bukan sahaja sesuai semasa pandemik, tetapi masih memberi manfaat kepada jenama dan pengguna ketika kita bergerak maju ke fasa normal baharu. - DagangNews.com








