Aktiviti pinjaman kekal mendatar bagi 2021 tetapi jumlah pinjaman sektor kewangan, hartanah meningkat - Maybank IB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Aktiviti pinjaman kekal mendatar bagi 2021 tetapi jumlah pinjaman sektor kewangan, hartanah meningkat - Maybank IB

KUALA LUMPUR 8 April - Aktiviti pinjaman di Malaysia kekal mendatar daripada 24 tawaran pada 2020 kepada 23 pada tahun lalu.

 

Ketua, Perbankan dan Penasihat Pelaburan, Bank Pelaburan Maybank (Maybank IB), Kevin Davies berkata, bagaimanapun jumlah pinjaman meningkat 43% untuk tahun ke tahun mencecah AS$9.3 bilion (RM39.26 bilion) pada 2021.

 

Beliau berkata, jumlah itu adalah daripada sektor kewangan dan hatanah dengan masing-masin sebanyak 48% dan 28%.

 

Katanya, terdapat sebahagian pelabur yang berminat untuk mendapatkan pinjaman ditambah dengan kecairan yang banyak di negara ini.

 

"Perkara itu dibuktikan dengan pertumbuhan kukuh dari tahun ke tahun dari segi jumlah pinjaman dengan berlakunya perningkatan dalam aktiviti pembiayaan pinjaman.

 

"Secara keseluruhan, peminjam mula menunjukkan perkembangan dari segi perniagaan dan kami menjangkakan jumlah pinjaman keselurhan akan meningkat lebih pantas pada 2022 dengan pasaran negara sedang menuju ke arah pemulihan," katanya dalam satu kenyataan.

 

maybank
Kevin Davies

 

Davies berkata, pertumbuhan dijangka meningkat apabila sektor awam meningkat penyertaan mereka dan didorong sebahagiannya daripada peningkatan pinjaman hijau, sosial dan kelestarian. 

 

Beliau berkata, permintaan untuk kewangan stabil di Malaysia akan terus dipacu oleh projek pembangunan infrastruktur seperti projek pengankutan awam berkarbon rendah, tenaga boleh diperbaharui serta infrastruktur dan pengurusan air.

 

Dalam pada itu, Maybank IB dianugerahkan sebagai Sindiket Pinjaman Rumah Terbaik Malaysia oleh Persatuan Pasaran Pinjaman Asia Pasifik (APLMA) untuk tahun kedua berturut-turut berdasarkan undian ahli persatuan. - DagangNews.com