AirAsia tawar diskaun 23% untuk semua tempat duduk mulai 9 hingga 15 Januari 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AirAsia tawar diskaun 23% untuk semua tempat duduk mulai 9 hingga 15 Januari 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Jan - AirAsia menawarkan diskaun jualan sebanyak 23% untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan mulai hari ini hingga 15 Januari 2023.

 

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan memaklumkan, diskaun sempena tahun baharu itu untuk tempoh perjalanan bermula 1 Februari hingga 27 September 2023.

 

"Destinasi penerbangan tersebut melibatkan laluan Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Singapura, Bangkok, Taipei, Tokyo, New Delhi, Gold Coast, Auckland dan banyak lagi," katanya.

 

Katanya, pelanggan boleh menekan klik pada ikon ‘Flights’ pada aplikasi airasia Super App atau layari www.airasia.com untuk membuat tempahan penerbangan.

 

 

airasia

 

 

airasia

 

 

"Tawaran ini tertakluk pada terma dan syarat. Penerbangan tidak termasuk untuk laluan Indonesia (kod ‘QZ’) dan tambang tidak termasuk cukai serta caj lain," katanya. - DagangNews.com