Aeon, Nestle KitKat jalin kerjasama variasikan pastri | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Aeon, Nestle KitKat jalin kerjasama variasikan pastri

(Dari kiri) Ketua Aeon Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan Aeon, Azidah Alimuddin; Ketua Aeon Big (M) Sdn. Bhd, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dan Yit Woon Lai, ketika majlis pelancarannya di Petaling Jaya baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Jun - Aeon Co. (M) BHD. (Aeon) berkolaborasi bersama Nestle KitKat untuk memberi variasi kepada pilihan produk pastri La Boheme. 

 

Terdapat lima produk pilihan diperkenalkan melalui kerjasama ini iaitu Nutty Donut, Polkadot Donut, Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf. 

 

Kelima-lima produk tersebut boleh didapati di semua cawangan Aeon Co. dan Aeon Big. 

 

La Boheme yang diperakui halal di Aeon menawarkan pelbagai jenis roti segar dan produk berkaitan bakeri termasuk pastri dan puding. Terdapat pelbagai produk yang lazat dan berkualiti disajikan setiap hari dalam suasana yang selesa.

 

Ketua Pegawai Operasi Aeon Co., Sunny Setiawan berkata, mereka sangat bersyukur kerana Aeon berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama gergasi manisan iaitu KitKat yang sangat terkenal dengan keenakan coklatnya.

 

“Melalui kerjasama ini, kami dapat menawarkan lebih banyak variasi pilihan roti, donat, pastri serta ban untuk memenuhi citarasa pelanggan kami.

 

“Aeon sedar akan permintaan pelanggan yang sentiasa dinamik. Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan KitKat, sebuah jenama yang dikenali dan digemari ramai untuk menghasilkan produk pastri enak dan berkualiti," katanya dalam satu kenyataan.

 

 

aeon

 

 

aeon

 

 

aeon

 

 

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Profesional, Yit Woon Lai berkata, pihaknya amat teruja kerana kerjasama itu akan memberi peluang kepada peminat KitKat untuk menikmati produk tersebut dalam bentuk yang berbeza. 

 

"Kami juga percaya usaha ini mampu mengeratkan hubungan perniagaan dengan Aeon dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan perniagaan untuk masa terdekat. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan jenama La Boheme kepada pengguna secara umum, khususnya kepada peminat setia KitKat," katanya.

 

Kolaborasi itu adalah sejajar dengan usaha Aeon yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 (Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi) yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua. - DagangNews.com