Untung bersih Jasa Kita susut 23% kepada RM30 juta bagi FY26 susulan hasil pelupusan tanah lebih rendah
KUALA LUMPUR 3 Jun — Jasa Kita Berhad mencatatkan keuntungan bersih hanya RM30.38 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026, susut 22.8% berbanding RM39.35 juta pada tahun yang sebelumnya.






