K-KOMM beri tumpuan tiga aspek utama jadikan Malaysia sebagai hab ICT
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi tumpuan kepada tiga aspek utama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selaras dengan inisiatif Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).













