Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Celcom Axiata dan subsidiari TNB, Allo Technology meterai MoU terokai bidang telekomunikasi

KUALA LUMPUR 4 Sept - Axiata Group Bhd dan Tenaga Nasional Bhd, melalui anak syarikat utama mereka, menjalin kerjasama bagi meneroka perkongsian untuk pelaksanaan dan pemenuhan perkhidmatan berkaitan telekomunikasi.

 

AKM Kedah dijangka pecah rekod kehadiran pengunjung tertinggi

ALOR SETAR 4 Sept. - Penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah yang berlangsung selama tiga hari di pekarangan Stadium Darul Aman dijangka memecah rekod kehadiran pengunjung tertinggi.

 

SKMM sasar edar 300 kad sim percuma buat pengunjung AKM Kedah

ALOR SETAR 4 Sept. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyasarkan mengedar 300 kad sim percuma di bawah Pakej Remaja Keluarga Malaysia bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah.

 

Perkhidmatan percuma bas MARA Liner ke AKM Kedah mudahkan pengunjung

ALOR SETAR 4 Sept.

Selgate berkolaborasi dengan Prixa kembangkan rangkaian pembekal penjagaan kesihatan antarabangsa

JAKARTA 4 Sept - Firma pengurusan faedah kesihatan korporat berpangkalan di Indonesia, Prixa menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerjasama rangkaian hospital dan klinik Malaysia, Selgate Healthcare.

 

Zoo Taiping & Night Safari catat kunjungan lebih setengah juta pelawat 

TAIPING 4 Sept - Peralihan fasa endemik memberi petanda positif pada kehadiran pengunjung ke Zoo Taiping & Night Safari di sini apabila menerima seramai 558,949 pelawat setakat tahun ini.

 

MDEC sasar 1,000 pendaftaran menerusi program #SayaDigital sepanjang Jelajah AKM Kedah

ALOR SETAR 3 Sept - Program #SayaDigital hasil inisiatif Perbadanan Digital Ekonomi Malaysia (MDEC) menyasarkan 1,000 pendaftaran bersempena penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah.

 

Kerajaan akan terus salur bantuan kepada bekas atlet - PM

KUALA LUMPUR 3 Sept - Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan menerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sebagai menghargai jasa bekas-bekas atlet yang telah mengharumkan nama negara.

 

Semua penerima PerantiSiswa tidak perlu pulangkan semula peranti - PM

SHAH ALAM 3 Sept - Penerima PerantiSiswa tidak perlu memulangkan semula peranti tersebut apabila mereka tamat pengajian, demikian menurut Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

 

Orang Asli suku Temiar curi tumpuan di Jelajah AKM Kedah

ALOR SETAR 3 Sept - Kehadiran Orang Asli suku Temiar di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah mencuri perhatian pengunjung yang hadir ke pekarangan Stadium Darul Aman di sini.

 

Kempen JMKM@DE Dagang tawar diskaun sehingga 20% dengan kerjasama 17 Rakan Platform Digital

KUALA LUMPUR 3 Sept - Kempen Jualan Murah Keluarga Malaysia@DE Dagang (JMKM@DE Dagang) menyaksikan 17 Rakan Platform Digital akan menawarkan promosi dan insentif mampu beli kepada orang ramai mulai September hingga Disember 2022.

 

Komited jayakan program DesaMall@KPLB, meterai lanjutan MoU dengan Elokal

ALOR SETAR 3 Sept - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memeterai pelanjutan memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Elokal Sdn. Bhd. bagi menjayakan Program DesaMall@KPLB melalui pembangunan perniagaan usahawan luar bandar.

 

Berbekalkan RM10, bawa balik ayam, beras di jelajah AKM Kedah

ALOR SETAR 3 Sept- Dengan hanya berbekalkan RM10, pengunjung boleh mendapatkan seekor ayam dan beras seberat lima kilogram pada jualan ‘Happy Hour’ bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah di pekarangan Stadium Darul Aman di sini.

 

Subscribe to Terkini