Shopee, MDEC sumbang RM109 juta bagi kempen Jualan Murah Keluarga Malaysia@DE Dagang
KUALA LUMPUR 8 Sept - Shopee dan Perbadanan Digital Ekonomi Malaysia (MDEC) akan menyumbang sejumlah RM109 juta untuk menyokong para penjual tempatan melalui kempen Jualan Murah Keluarga Malaysia@DE Dagang (JMKM@DE Dagang) antara sekarang hingga Disember 2022.













