Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Rohas Tecnic ambil alih 51% kepentingan syarikat mekanikal, CentriX Engineering berharga RM14 juta

KUALA LUMPUR 28 MeiRohas Tecnic Berhad memperluaskan prospek rantaian nilai pusat data (DC) menerusi pengambilalihan 51% kepentingan CentriX Engineering (M) Sdn Bhd pada harga RM14.28 juta.

 

Pendapatan CCK Consolidated hampir tidak berubah, kekal sekitar RM263 juta pada 1QFY2026

KUALA LUMPUR 28 Mei – CCK Consolidated Holdings Berhad mencatat prestasi kewangan yang stabil bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (Q1FY2026), dengan keuntungan selepas cukai sedikit menurun walaupun pendapatan kekal hampir tidak berubah berbanding tempoh sama tahun lalu.

Kerajaan bincang kaedah bantuan kepada penternak babi Tanjong Sepat susulan arahan penutupan

 KUALA LUMPUR 28 Mei - Satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Jun ini bagi menilai bantuan kepada penternak babi yang terjejas susulan penutupan ladang di Tanjong Sepat, Selangor.

 

Syarat konsortium IJM-Aspen akan tambah kos kepada PDC sehingga RM294 juta, kata Chow Kon Yeow

KUALA LUMPUR 28 Mei - Beberapa syarat dikemukakan konsortium IJM-Aspen tidak memenuhi kehendak utama tender projek Batu Kawan Industrial Park 2 (BKIP 2), selain berpotensi meningkatkan beban kos kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Ch

Sarawak Oil Palms beli 70% ekuiti Kina-Juara berharga RM39 juta, tambah 1,622 hektar ladang sawit

KUALA LUMPUR 28 MeiSarawak Oil Palms Berhad mengukuh kedudukan dalam sektor perladangan apabila mengambil alih 70% kepentingan Kina-Juara Sdn Bhd (KJSB) menerusi urus niaga bernilai RM39 juta.

 

Southern Cable catat untung bersih RM33 juta bagi 1QFY26, didorong perolehan lebih tinggi

KUALA LUMPUR 28 MeiSouthern Cable Group Berhad memulakan tahun kewangan 2026 dengan positif apabila mencatatkan keuntungan bersih RM33.16 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026.

 

Pengasas bersama UOA Group, CS Kong meninggal dunia pada usia 85 tahun

KUALA LUMPUR 28 Mei – Pengasas bersama UOA Group dan Pengarah Urusan UOA Development Bhd, Kong Chong Soon atau lebih dikenali sebagai CS Kong meninggal dunia pada usia 85 tahun pada 27 Mei 2026.

 

Keperluan keuntungan lebih tinggi antara penambahbaikan baharu penyenaraian di pasaran utama - SC

KUALA LUMPUR 28 Mei - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperkenalkan beberapa penambahbaikan utama terhadap Pasaran Utama dan Pasaran ACE dalam usaha memperkukuh kualiti penyenaraian serta memperjelas segmentasi pasaran modal negara.

 

Malayan United Industries rugi bersih RM50 juta bagi 3QFY26 disebabkan kurang hasil sektor hartanah

KUALA LUMPUR 28 MeiMalayan United Industries Berhad (MUI) mencatatkan peningkatan kerugian bersih sebanyak 47.3% kepada RM50.47 juta bagi suku ketiga yang berakhir 31 Mac 2026 (3QFY26).

 

Tren tergelincir di Chan Sow Lin: Rapid KL aktifkan operasi alternatif, bas pengantara percuma kepada penumpang

KUALA LUMPUR 28 Mei – Rapid KL mengaktifkan pelan operasi alternatif melibatkan perkhidmatan tren dan bas pengantara susulan gangguan di laluan Ampang/Sri Petaling selepas sebuah tren tergelincir di Stesen LRT Chan Sow Lin pagi tadi.

 

HI Mobility kaut untung bersih RM56 juta bagi FY26, naik 29% disokong perjalanan rentas sempadan

KUALA LUMPUR 28 MeiHI Mobility Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kira-kira 29% kepada sebanyak RM56.47 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari 2026 (FY26).

Operasi Penang Port terus kukuh, pengendalian kontena dan kargo meningkat pada 1Q2026

KUALA LUMPUR 28 Mei – Penang Port mencatat pertumbuhan stabil dalam beberapa petunjuk operasi utama bagi suku pertama 2026, mencerminkan momentum positif berterusan dalam aktiviti pengendalian kargo, perkhidmatan pelayaran kapal persiaran dan operasi feri.

 

Penyiapan Seksyen 3 WCE dijangka hapuskan tekanan kepada saham IJM, kata CIMB Securities

KUALA LUMPUR 28 Mei - Penyiapan Seksyen 3 West Coast Expressway (WCE) dijangka menjadi pemangkin positif kepada IJM Corp Bhd apabila projek yang sekian lama tertangguh itu kini semakin hampir untuk beroperasi sepenuhnya.

 

Subscribe to Terkini