KUALA LUMPUR 19 Dis - Kerjasama konstruktif Melayu-Cina melalui UMNO dan MCA terbukti lebih menguntungkan masyarakat Cina berbanding pendekatan agresif oleh DAP, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR 19 Dis - Negara agak terlewat dalam melaksanakan 5G kerana syarikat telekomunikasi mempunyai keutamaan yang berbeza, yang hanya berminat untuk menyediakan perkhidmatan 5G di kawasan penduduk padat dengan permintaan yang tinggi.
SHAH ALAM 19 Dis - Sejak malam tadi dan sehinggalah pagi ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak henti-henti meninjau operasi menyelamat di sekitar Selangor dan menziarahi mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
KUALA LUMPUR 19 Dis - Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
KUALA LUMPUR 18 Dis - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar segera memaklumkannya melalui talian TNB CareLine di 15454 atau Facebook TNB CareLine sekiranya premis mereka dinaiki air pada paras bahaya supaya bekalan elektrik dapat dihentikan.
PETALING JAYA 18 Dis - Pembayaran tol menggunakan kad Touch 'n Go dan SmartTAG masih ditawarkan walaupun transaksi tol menggunakan teknologi RFID diperkenalkan di laluan Juru-Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Januari 2022.