Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

CGS-CIMB semak turun penarafan saham Wellcall kepada 'pegang' dengan TP RM1.36

KUALA LUMPUR 22 Feb - CGS-CIMB Research menyemak turun penarafan saham Wellcall Holdings Bhd. kepada 'pegang' berbanding 'tambah' sebelum ini dengan harga sasaran (TP) kekal pada RM1.36.

 

250,000 pelajar terima manfaat program Cashville Kidz Maybank

KUALA LUMPUR 22 Feb - Seramai 250,000 pelajar sekolah di lebih 1,000 sekolah di seluruh wilayah Asia Tenggara telah mendapat manfaat program Cashville Kidz Maybank sehingga kini, dengan sasaran 32% penyertaan pelajar bagi meningkatkan pengetahuan kewangan mereka.

 

Guan Chong dijangka terkesan dengan pemulihan industri pelancongan yang perlahan

KUALA LUMPUR 22 Feb - Pemulihan industri pelancongan yang lebih perlahan daripada jangkaan selain harga koko yang tidak stabil di pasaran dijangka memberi kesan kepada pendapatan Guan Chong Berhad bagi FY22.

 

Kerajaan puji Aeon, Westports laksana gaji minimum RM1,500

PUTRAJAYA 22 Feb - Kerajaan sedang dalam proses semakan dan kajian semula kadar bayaran gaji minimum selaras dengan Akta Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732].

 

AmInvestment anggar sistem kabel SEA-ME-WE 6 telan kos lebih AS$1 bilion, kedudukan capex TM kekal terurus

KUALA LUMPUR 22 Feb - AmInvestment Bank Research menganggarkan sistem kabel dasar laut Asia Tenggara-Asia Barat-Eropah Barat 6 (SEA-ME-WE 6) yang disertai Telekom Malaysia Bhd. (TM) melalui konsortium mencecah lebih AS$1 bilion. 

 

Lii Hen Industries berdepan pelbagai cabaran termasuk kelewatan penghantaran barangan

KUALA LUMPUR 22 Feb - Lii Hen Industries Berhad berdepan pelbagai cabaran termasuk kekurangan pekerja asing, peningkatan kos bahan mentah selain kelewatan penghantaran barangan yang mengakibatkan peningkatan caj penghantaran.

 

Prospek pertumbuhan Pharmaniaga kekal kukuh, HLIB kekal saranan 'beli' 

KUALA LUMPUR 22 Feb - Prospek Pharmaniaga Bhd. kekal menyakinkan terutama dengan pembinaan kemudahan pengeluaran vaksin yang akan menyokong pertumbuhan kumpulan dalam tempoh jangka pendek dan panjang, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research. 

 

Revenue berkolaborasi dengan UnionPay sediakan sijil kesihatan untuk rakyat Malaysia lawat China menerusi Wanna

KUALA LUMPUR 22 Feb – Penyedia penyelesaian pembayaran tanpa tunai Revenue Group Berhad bergandingan dengan UnionPay International (UPI) bagi menyediakan permohonan Sijil Perisytiharan Kesihatan (HDC) bagi rakyat Malaysia yang melawat China menerusi Super App yang dilancarkan bar

Kenanga Research 'potong' 8% unjuran untung bersih BP Plastics bagi FY22

KUALA LUMPUR 22 Feb - Kenanga Research mengurangkan unjuran untung bersih teras BP Plastics Holding Bhd. bagi tahun kewangan 2022 (FY22) sebanyak 8% kepada RM48.5 juta berbanding RM53 juta sebelum ini. 

 

MIDF semak turun pendapatan Tiong Nam sebanyak 13% akibat kos operasi tinggi

KUALA LUMPUR 22 Feb - MIDF Research menyemak turun pendapatan Tiong Nam Logistics Holdings Berhad bagi FY22 sebanyak 13% kepada RM6.9 juta selepas menyelaraskan anggaran margin keuntungan disebabkan kos operasi yang lebih tinggi.

 

E-Desa platform usahawan luar bandar KPLB pasarkan produk

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB menyasarkan seramai 20,000 usahawan luar bandar berdaftar dengan aplikasi e-dagang e-Desa yang dibangunkan khusus untuk industri kecil dan sederhana (IKS), di luar bandar menjelang hujung tahun ini.

 

Turki berminat teroka peluang pelaburan di Sabah

KOTA KINABALU 22 Feb - Turki melihat Sabah bukan setakat sebuah negeri di Malaysia tetapi dilihat lebih sebagai pintu masuk ke wilayah di negara-negara ASEAN.

 

Najib gesa kerajaan siasat Tommy Thomas, isu salah guna kuasa

KUALA LUMPUR 21 Feb - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan hari ini menyiasat sekiranya wujud salah guna kuasa ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

 

Subscribe to Terkini