KUALA LUMPUR 5 Sept - Malaysia Airlines Bhd menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi tambang penerbangan untuk tempat duduk kelas ekonomi dan perniagaannya pada semua penerbangannya manakala FlyFirefly Sdn Bhd menawarkan harga tiket menarik di semua tempat duduknya.
KUALA LUMPUR 5 Sept - Program Pembiayaan Vendor Petronas (VFP), yang diperkenalkan pada 2018, telah meluluskan pembiayaan RM1.9 bilion untuk lebih 300 vendor perkhidmatan dan peralatan minyak & gas (OGSE) setakat ini.
KUALA LUMPUR 5 Sept - YTL Power International Bhd mengesahkan anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) telah disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai projek 1BestariNet Kementerian Pendidikan, bernilai RM4 bilion.
KUALA LUMPUR 4 Sept - PBH Asset Management Sdn Bhd dilantik untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Lebuhraya Pan Borneo dengan kontrak bernilai RM69.2 juta untuk tempoh tiga tahun.
PUTRAJAYA 4 Sept - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada tahun 2011.