Jualan hartanah Malaysia melonjak 23.8% kepada RM105 bilion pada separuh pertama 2024 - Napic
KUALA LUMPUR 9 Sept - Nilai urus niaga hartanah Malaysia melonjak kepada RM105.65 bilion pada separuh pertama 2024 (1H2024), menandakan peningkatan 23.8% tahun ke tahun (y-o-y), paras tertinggi dalam tempoh lima tahun, menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic).






