Pemindahan dana, perkhidmatan dompet elektronik, yuran kad kredit dan transaksi ATM tidak kena SST, kata bank
KUALA LUMPUR 27 Jun – Perkhidmatan perbankan asas yang melibatkan bayaran atau komisen seperti akaun semasa, akaun simpanan atau dompet elektronik tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan (SST), menurut penjelasan beberapa persatuan perbankan.






