Harga minyak sawit diunjur lepasi RM5,000 akibat kekurangan bekalan
KUALA LUMPUR 25 Sept — Harga minyak sawit berpotensi meningkat sekitar 15% daripada paras semasa untuk melepasi RM5,000 (AS$1,191) setan menjelang akhir tahun, sebaik sahaja kitaran pengeluaran bermusim yang tinggi berakhir, menurut peniaga veteran Dorab Mistry.






