Lokar disediakan di sekolah rendah atasi isu beg berat, kata Dr Radzi Jidin
KUALA LUMPUR 6 Mac - Sekolah-sekolah rendah akan menyediakan lokar sama seperti amalan sekolah di Amerika Syarikat, sebagai satu daripada tujuh ketetapan serta perincian bagi menangani isu beg berat yang dihadapi murid sekolah secara menyeluruh oleh Kementerian Pendidikan.






