Media Prima catat untung selepas cukai RM20.8 juta, meningkat 24%
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Media Prima Bhd, kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia mencatatkan keuntungan selepas cukai RM20.8 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2022, meningkat 24% berbanding RM16.8 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.





