Rasa cinta kepada negara penting untuk pertahankan kedamaian, keamanan dan kemerdekaan Malaysia - PM
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Hanya rasa cinta kepada negara membolehkan rakyat pelbagai kaum di negara ini untuk terus bekerjasama dan bersatu padu mempertahankan kedamaian, keamanan dan kemerdekaan Malaysia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.






