ISKANDAR PUTERI 21 Okt - Paris Baguette, rangkaian bakeri global milik SPC Group Korea Selatan, akan melabur sejumlah RM130 juta bagi membangunkan hab pengeluaran makanan halal global pertamanya di sini.
KUALA LUMPUR 21 Okt - GIIB Holdings Bhd (GIIB) berkata hasil siasatan forensik merumuskan bahawa tiada sebarang transaksi penipuan atau sebarang salah laku oleh kumpulan tersebut sebagaimana didakwa oleh bekas Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya, Wong Weng Yew.
KUALA LUMPUR 21 Okt - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 1.9 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya sempena perayaan Deepavali dan cuti tambahan persekolahan bermula hari ini hingga 26 Oktober ini.
PUTRAJAYA 21 Okt - Kadar inflasi Malaysia pada September 2022 mencatat 4.5%, iaitu lebih rendah berbanding 4.7% pada Ogos 2022, menurut data terbaharu Jabatan Perangkaan (DoSM).