Syarikat perladangan bermodal kecil dan sederhana berpotensi jadi sasaran M&A jika Minyak Sawit Mentah kekal di bawah paras RM4,000 pada 2023 — Maybank IB
KUALA LUMPUR 4 Jan - Syarikat perladangan kecil dan sederhana (SMID) yang sahamnya dinilai rendah berpotensi menjadi sasaran penggabungan dan pengambilalihan (M&A) atau penswastaan apabila harga minyak sawit mentah (MSM) kekal pada atau di bawah RM4,000 setan, kata Maybank In





