Kumpulan EPIC sasar perolehan sebanyak RM379.1 juta tahun 2023, terutama daripada segmen RE
KUALA TERENGGANU 11 Jan - Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad, anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu menyasarkan perolehan sebanyak RM379.1 juta untuk tahun 2023, terutamanya daripada segmen tenaga boleh diperbaharui (RE).






