Konsortium firma China-Malaysia rancang labur AS$1.5 bilion bina kilang panel solar di Bintulu
KUCHING 17 Mac - Sebuah konsortium, terdiri daripada syarikat China dan Malaysia, merancang untuk melabur AS$1.5 bilion (RM6.76 bilion) dalam kilang bahan berasaskan silikon rendah karbon bersepadu pertama untuk menghasilkan panel solar di Taman Perindustrian Samalaju, Bintulu.






