Pengasas bersama Revenue Group, Ng Shih Chiow didakwa atas 12 pertuduhan subahat menipu membabitkan RM13.829 juta
KUALA LUMPUR 8 Jun - Bekas pengarah Revenue Group Bhd, Brian Ng Shih Chiow yang juga pengasas bersama penyedia penyelesaian pembayaran tanpa tunai, didakwa di Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan subahat memalsukan invois dan pesanan pembelian dengan tujuan menipu syarikat.






