BAYAN LEPAS 17 Okt - Rantaian Bekalan DHL, cabang logistik kontrak firma logistik multinasional Jerman Deutsche Post AG, akan melabur sehingga €350 juta (RM1.74 bilion) di Asia Tenggara, di mana Malaysia akan menerima pelaburan terbesar sehingga €131 juta (RM654.83 juta).
KUALA LUMPUR 17 Okt - McDonald's Malaysia mengesahkan sumbangannya sebanyak RM1 juta kepada Tabung Kemanusiaan Palestin yang baru ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR 17 Okt - Minox International Group Bhd yang baharu tersenarai di ACE-Market dibuka pada 31.5 sen — premium 26% kepada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen.
KUALA LUMPUR 17 Okt - Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) berkata baru-baru ini telah menegur perunding Skim Unit Amanah (UTS) dan Skim Persaraan Swasta (PRS) kerana salah laku/pelanggaran Kod Etika FIMM (Edisi Ketiga) bertarikh 13 Januari 2020.
KUALA LUMPUR 17 Okt - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia untuk meningkatkan usaha dan strategi bagi memastikan usahawan Bumiputera serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memperoleh manfaat daripada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkon