TNB-Trina Solar bergabung raih peluang perniagaan sistem solar atas bumbung, terapung dan atas tanah
KUALA LUMPUR 27 Dis - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan momentumnya dalam memacu peralihan tenaga mampan melalui kerjasama strategik anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd dengan penyedia rumusan tenaga pintar dan solar fotovoltaik (PV) global, Trina Solar.






