Kontrak sewa BlackHawk untuk Tentera Darat dibatalkan jika gagal serah 30 Oktober 2024 - MINDEF
KUALA LUMPUR 24 Okt - Kementerian Pertahanan (MINDEF) mungkin membatalkan kontrak menyewa empat helikopter UH-60A Black Hawk untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM) berikutan tempoh akhir penghantaran berbaki seminggu sahaja lagi iaitu 30 Oktober ini.






