Malaysia tandatangani MOC dengan 4 persatuan karbon Asean bagi laksanakan Agenda Pasaran Karbon Serantau
BAKU 20 Nov - Malaysia telah memulakan perkongsian penting dengan persatuan pasaran karbon dari 4 negara Asean lain melalui pemeteraian Memorandum Kerjasama (MOC) bertujuan membangunkan rangka kerja karbon bersatu iaitu Rangka Kerja Karbon Bersama Asean (ACCF).





