Perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 diumum akhir September - MOF
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September 2025 selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).






