Kos projek ECRL kekal pada RM50.27 bilion
KUALA LUMPUR 4 Dis - Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kekal pada RM50.27 bilion biarpun selepas kerajaan Selangor meluluskan cadangan Jajaran Utara ECRL Seksyen C, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.






