Betamek menang kontrak 6 tahun bernilai RM176 juta daripada Perodua
KUALA LUMPUR 22 Dis - Betamek Bhd menerusi anak syarikatnya, Betamek Electronics (M) Sdn Bhd (BESB) menerima surat pelantikan (LOA) daripada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk membekalkan komponen elektronik bagi model kenderaan baharu Perodua.






