Ong & Wong letak jawatan sebagai juruaudit luar CN Asia susulan larangan Suruhanjaya Sekuriti
KUALA LUMPUR 19 Okt - CN Asia Corp Bhd berkata Tetuan Ong & Wong Chartered Accountant telah meletak jawatan sebagai juruaudit luarnya, kerana firma itu telah diharamkan buat sementara waktu daripada mengaudit entiti berkepentingan awam.






