SC digesa percepatkan siasatan berhubung kes penipuan melibatkan kerugian hampir RM1 bilion
KUALA LUMPUR 16 Ogos — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) digesa mempercepatkan siasatan berhubung kes penipuan membabitkan beberapa syarikat yang mengalami kerugian hampir RM1 bilion kerana masih belum ada sebarang tindakan selepas aduan dibuat sejak April.






