Farm Price bakal berpindah ke Pasaran Utama selepas terima kelulusan SC
KUALA LUMPUR 22 Julai – Farm Price Holdings Berhad memperoleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran modal negara.






