Panasonic tutup kilang Shah Alam pada Mac 2027, kira-kira 400 pekerja terjejas
KUALA LUMPUR 28 Julai – Panasonic Corporation akan menutup operasi Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd (PAVCKM) di Shah Alam secara berperingkat sebagai sebahagian daripada usaha penyusunan semula operasi pembuatan global kumpulan elektronik Jepun itu.






