Pinjaman projek tenaga naikkan nisbah hutang Uzma namun prospek FY26 tetap positif - Philip Capital
KUALA LUMPUR 11 Sept – Nisbah hutang bersih Uzma Bhd meningkat kepada 1.15 kali pada suku keempat tahun kewangan 2025 (4QFY25), berbanding 0.75 kali pada tempoh sama tahun lalu, berikutan peningkatan pinjaman bagi membiayai beberapa projek strategik, kata Philip Capital.






