Keyfield beli satu lagi kapal AHTS bernilai RM29.6 juta
KUALA LUMPUR 8 Jun – Keyfield International Berhad terus memperkukuh kedudukannya dalam industri perkhidmatan sokongan luar pesisir dengan pengambilalihan sebuah kapal bekalan, tunda dan pengendalian sauh (AHTS) bernilai kira-kira AS$7.35 juta atau sekitar RM29.6 juta.






