Jualan automotif Malaysia diyakini lebih kukuh pada 2H26, RHB Research naikkan unjuran TIV kepada 805,000 unit
KUALA LUMPUR 23 Julai – Pasaran automotif Malaysia dijangka mencatat prestasi lebih baik pada separuh kedua 2026 (2H26), disokong pelancaran model baharu, peningkatan kempen promosi serta keadaan ekonomi yang lebih stabil, menurut RHB Research.






