TransNusa perkenal laluan penerbangan terus Lampung-Kuala Lumpur mulai 24 Ogos
KUALA LUMPUR 30 Julai – Syarikat penerbangan Indonesia, TransNusa, memperkenalkan laluan antarabangsa baharu pertama yang menghubungkan Bandar Lampung di Sumatera dengan Kuala Lumpur secara terus tanpa perlu melalui hab transit yang lain.






