Johor Port labur RM71 juta beli dua kren dermaga baharu dari syarikat China
KUALA LUMPUR 19 Sept – Johor Port Berhad, anak syarikat di bawah MMC Corporation Berhad memperkukuh keupayaan pengendalian kontenanya dengan ketibaan dua kren dermaga kontena jenis Post Panamax yang dibina oleh Shanghai Zhenhua Heavy Industries Co.






