Tren tergelincir di Chan Sow Lin: Rapid KL aktifkan operasi alternatif, bas pengantara percuma kepada penumpang
KUALA LUMPUR 28 Mei – Rapid KL mengaktifkan pelan operasi alternatif melibatkan perkhidmatan tren dan bas pengantara susulan gangguan di laluan Ampang/Sri Petaling selepas sebuah tren tergelincir di Stesen LRT Chan Sow Lin pagi tadi.






